Thursday, August 26, 2010

Barang Lama Yang Terbiar

Posted by Iza Faizah at 3:27 AM 0 comments
sabtu,ahad,isnin,selasa,rabu,kamis...
5 hari da tak cas hp.
sudah tu hp carik2 rupanya bawah katil
tadi baru cas
ada 2 mesej je tu pun dari hotlink
taktaula kalau ada orang htr mesej dah expired kan
keji tau
minta maaf banyak2 k
yang aku tak reply nombor baru ni pun ada sebab
aku kecik ati
wah dah pandai kecik ati

lappy aku pun dah lama tak on
paling lama sebulan off
ada effect tak?
bole rosak?
tadi baru je on
okay lagi cuma mengong tak bole detect flash drive

em em emmm
aku risau jugak kalau 2 benda ni rosak
masa ok tanak hargai kan
dah rosak baru nak cari
siap janji nak jaga baik2
hmmpph..aku menyindir kah?
agaknya la..

so aku ada layout baru,farmville
aku tak main pun game ni
tapi serius comel lembu tu
kalau ada sheep lagi best
eh aku teringat game favourite aku dulu
supercow..mainlah korang.
aku suka.
lagu pun dah cabut dari blog
nanti aku letakla kalau nak letak
ikut mood
oh aku tukar layout sebab nak space besar mcm wordpress dulu
sesak napas kecik2 space ni
layout tu aku dapat dari this site

entri tak bole tido
selesema cikgu
pun sesak napasss

henpon usang dalam kelas yang dirindui

Wednesday, August 25, 2010

Entri Kecur Liur

Posted by Iza Faizah at 5:44 PM 2 comments
DOUBLE SPICY CHICKEN MCDELUXE

BURGER KING DOUBLE MUSHROOM SWISS
mushroom bertaburan..nak nangisss

KFC HOT N SPICY SHRIMP

MACARONI CHEESE
paling sedap Secret Recipe..menangis makan T_T

SPAGHETTI BOLOGNESE
paling sedap buat sendiri..hikk

LAKSA SARAWAK
makanan paling favourite,kalau suruh panjat gunung nak makan ni pun sanggup,meraung makan
paling sedap mama masak

MI KARI
Tiada yang lebih stone daripada Palm Cafe Centre Point punya mi kari

NASI LEMAK
always sedap

WANTAN HO
aummmm..

NASI GORENG USA

TAKOYAKI
spicy no wasabi..gigil2 telan

BUTTERMILK PRAWN
paling hebat restoran putatan yang macam rumah
makan sehingga tidak terkata2

BEGEDIL
makanan wajib cafe library unibesiti

UNCLE BOB FRIED CHICKEN
makan macam keropok

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
T_T

FISH n CHIPS
mana2 pun sedap yang penting kurang oily

TELUR HALF BOIL
telur goreng separuh masak lagi best

BAMBANGAN
local sabahan dish..sadap begiaa

MEGGI AYAM/KARI TELUR
rugi siapa tak pernah makan
Adam n Fizi dah makan?
Saya sudahhh

AIR SIRAP BANDUNG
sejuk2

CINCAU SUSU
oohhh

penutup yang utama
GREEN APPLE KASTURI

aku lapar
nak makan semua 
kurus kan?

boringness

Posted by Iza Faizah at 12:25 AM 0 comments
aku dapat offer job
masalah dia workplace ranau
ceh..cakap orang ranau kan apa masalah.
masalah dia..aku kalau duduk ranau, aku sama dengan tamtam
makan makan makan
bukanla rumah aku mama masak tak sedap kan
mama is th best chef
tapi rumah aku 4 orang sajeee
nak makan makan,taknak makan tidur
nak makan pun takla semangat mana sebab sikit kan orang

kalau dekat ranau
kau cakap nak diet konfem nenek marah
so malam2 pandai la turun dapur konon nak minum kan
minum tu memang la lepas tu duduk depan meja
atas meja banyak makanan
rasa macam membazir la tak makan kan
lagipun sedap dan lagipun ada kawan makan
lagila semangat nak makan
tengok,dah macam pantun.
so apa lagi makan la..
lepas tu besok komplen
perutla..
selulit bebas la..
tak sedar diri kan
dah bertahun2 nak diet
diet la juga tapi end up hujung tahun konfem byk kenduri2
masa kenduri lagila tak ingat dunia
so macam mana nak kurus.

tapi aku amat gembira kalau dekat ranau
makanan walaupun menggemukkan tapi mengeratkan silaturahim
makanan memang menggembirakan
makanan tak pernah menipu
apakah..

so aku tengah fikir nak terima atau tak job tu..

oh,konvo dah ada date.
11 Oktober 2010 sidang pagi
semua orang rasa tak bestla
apesal tak 10.10.10 kan
tapi tak apala,
hope ada sesuatu yang best untuk diingati 10-10-10 tu
tak sabar ok
hati macam nak laju je
kalau ada fast forward button nak picit sikit
series aku rindu nak belajar
tu lah..masa belajar hari tu bukan main lagi nak habis kan
normal la tu..

aku insyallah dapat 1st degree masa umur 22 tahun..
oh,macam nak bangga kan?
orang konvo 20-21 pun ada
tapi itu orang lain..aku aku la kan.hehe
cepatlah oktober..aku nak jumpa orang2 best!

Monday, August 23, 2010

Putut yang terlebih

Posted by Iza Faizah at 11:35 PM 0 comments
Puasa ni kucing aku pun puasa sama.
Sahur makan,buka puasa pun makan.
tengahari semua malas.
sama la dengan tuan.

Jun jun ni buat malu sajala.
Kurus macam tak kena bagi makan.
padahal tamtam bukan main sihat walafiat.

si kurus pura2 comel dalam beg

so aku pun bagi makan ubat yang dah lama tak bagi diorang makan.
brewer's yeast..
vitamin untuk kucing.
oh..aku sangat suka vitamin ni.
konfem kuat makan then bulu cantik.
untuk kucing k walaupun bunyi macam aku yang makan. T_T

aku beli rm36.50, kitty house (agak2),1b.

dia dalam bentuk pil besar2
so kalau nak bagi makan kasi hancur dulu
letak dalam tisu pastu tumbuk la guna ehemmm..lesung ke antan?lupa
pastu tabur dalam makanan

tapi aku rasa macam nak nangis hari tu
series aku tak sangka
pil dia besar tau..
macam ni..

agak besar la kan?

pastu kakak aku cuba bagi jun jun makan macam tu je
tapi agak la kan..takkan dia nak makan
pastu letak atas lantai
dekat putut..
then aku lalu sebelah putut tiba2 pil tu hilang
dia makan ok
aku tak percaya ni
cari la manatau dia sepak ke apa
so kakak aku bg sekali lagi atas tangan dia
dia terus masuk mulut tak kunyah pun
kau biar betul pututttt..
2 biji telan pastu dia boleh rileks je.
starring la kan..
aku cukup kagum.
aku bangga ada putut..ngehh

Hero2 hindustan~

kagum tak korang?
ehehehe..

Sunday, August 22, 2010

Break Fasting yang ciput

Posted by Iza Faizah at 2:57 PM 0 comments
Hari tu fizi text ajak buka puasa sama.
Tanjung Lipat..dia buat koktel.
series sedap k..dah lama tak rasa.
dulu masa duduk ums selalu dia buatkan.

so petang tu aku dengan adam pegi la.
singgah bazar sembulan yang sentiasa sesak tapi gigih nak pegi jugak
aku cari tauhu sumbat
kempunan cari dkt tanjung aru 2 hari lepas dah habes.
tapi gila byk gerai dia sampai aku tak nampak apa2 yang tersumbat.
so aku beli cendawan goreng.sedap kay..
makcik tu siap jual cucur udang panjang2 dengan pegedil.nak try la nanti.
aku tejumpa dengan bf kakak tapi malu lah nak jumpa kan dengan adam.
walaupun rasa nak minum avocado juice kawan dia jual.
aku beli hinava,2 paket ke plastik..yg penting dua la sebab isi dia ciput.

after that pegi tanjung lipat
tapi mcm nak hujan lebat.
takkan nak makan sana kan?
tak pasal2 terbang ayam masa makan.
takpun makan nasik dengan pasir.
so pegi alamesra.
aku order wantan ho,fz char kuey teow,adam nasi goreng usa.
yang lain dah order awal sebab dah sampai awal.
bukak puasa order tak sampai lagi.
then kembung perut makan koktel bergelas2 masa tunggu order sampai

fizi dengan adam pantang la kan tengok waiter bawak talam
mesti teleng2 kepala nak tengok order dah siap belum
last2 kecewa nampak waiter bawak nasi putih..org lain punya.
dah sampai order aku macam..
5.50 untuk wantan yang tak sampai 3 sudu mee dia?
fizi pun sama..tapi depan orang tak tunjuk la.aku pun tak tunjuk.
makan je la.aku try nasik goreng adam,agak sedap.
so tak kenyang.

dah siap cerita2 semua,kitorang pegi 1b.
kawan2 td dengan kitorang separate.
lepas jumpa linie hantar koktel  taktau nak pegi mana..ikut kaki je.
masa jalan2 tu then barula cerita tak kenyang di buka semula.

fizi: punyala sy kecewa makan td..sy ingat piring dia dalam,sekali kuis nampak dasar da
me: ya bah,punya sikit..3 sudu pun nda sampai..

tapi funny ok,kaki yang konon taktau mana nak pegi dah turun escalator nak pegi restoran.

me: okla..jom pegi choice.

so masuk choice,
macha cakap nasi briyani je ada.

fizi adam : alaa...tapi kami mau makan tapi bukan nasi  briyani.

macha pun geleng2 kepala..okla okla..

nasi goreng pataya for fizi,murtabak ayam for adam.
aku kena sumbat je.
tapi masa makan macha dah hantar bil
dah nak get ready tutup kedai
kesian..
habis.
alhamdulillah

balik rumah fizi cakap dia makan hinava yg aku bg lagi.
adam pun makan dalam kereta siap ada makanan lagi bawa balik
diorang memang pencinta makan dan pencinta karipap sejati T_T
dah..tu je aku nak cerita.hehe.
bye..

Saturday, August 21, 2010

Seni Sains Sejarah

Posted by Iza Faizah at 1:44 PM 3 comments
Aku bosan so aku baca blog kawan2.
oh..mereka semua terer buat puisi sajak dan sebagainya.
aku minat baca puisi2 ni tapi nak buat?
rima tak cun ko..ke laut ke darat semua
aku kalau singing competition ok lagi.
dancing aku suka la.
tapi kalau dah masuk lakonan2 teater bagai
5 minit aku dah menguap
ada satu je yang aku tak tido
sketsa mama pasta hari tuh
sebab dia lawak
aku ni taktau nak hargai seni
yang aku tau kalau aku terhibur aku tengokla
kalau dah mendalam sangat..
aku ada kebolehan tido tongkat dagu tak gerak

rugi tak?entahla..minat masing2 kot
adam ni pelakon
teater ni memang kegilaan dia
so aku risau la nanti kalau dia acting aku tido
matikla dapat girlfren tak supportive kan
tapi nak buat macam mana
aku memang tak ada jiwa seni

aku ingat lagi aku tulis pantun ke apa ntah (tengoklah,pantun puisi sajak pun taktau beza)
dia pegi tegur aku rima aku salah
hmmpphh
hentamlah..aku takde bakat

tapi cuba kalau sains
kecuali fizik
aku laju je
kalau masuk serangga2
aku suka tengok
masuk zoo pun aku suka
apa2la pasal kejadian alam semesta konfem aku taktido
jiwa konon.caittt..

lagi satu aku minat sejarah
ada dulu aku rasa nak jadi archeologist kan tapi aku salahkan diri aku taktau nak jadi tu macam mana
so pilihan yang aku ada biologist
aku takla menyesal mana sebab dua dua aku minat
tapi kalo given a chance
aku memang pilih sejarah
buku teks sejarah segala form skolah dulu memang aku khatam
macam baca novel kot
siap dengan emosi sekali
kutuk2 penjajah la apalah
pastu siap test tulis tulisan tamadun2
aku tengah menulis ni rasa menyesal  pun ada tak pilih sejarah T_T
segala tamadun aku suka tapi aku suka tamadun mesir
dan zaman2 para anbiya punya history
sebab tu aku suka jejak rasul
terbaeekk

tapi nak buat macam mana
jalan hidup kan.
takkan semua aku nak pulun
tapi aku memang bukan seni
ada adam yang obses seni ni cukuplah
tapi kesian aku taktau nak cerita apa dengan dia kalau pasal nih
hehehe..
kalau perbezaan menjarakkan kita
biarlah kasih sayang merapatkan kita
gitu...

ohmaigot

Posted by Iza Faizah at 6:25 AM 0 comments
dah lama aku tak guna lappy sendiri
pastu aku telek belek gambar2 lama dalam lappy ni
series takla lama mana gambar ni
around 2 months ago
aku tengok pastu aku rasa nak lempang diri aku laju2
aku dah kurus sikit hari tuh
apesal boleh naik?
ni mesti kes malas
aku makan macam biasa
kononla macam biasa
pastu aku rasa tensi sendiri
rasa nak buat senaman sekarang jugak
rasa nak menari sampai hilang 5kg
rasa nak buat liposuction
rasa taknak makan 7 tahun
rasa menyesal sangat
semua ada rasa

agak kurus berbanding sekarang even tak kurus mana T_T

tapi tu semua rasa je..
aku ni ada musim nak struggle kurus
bila dah struggle korang bg  makanan sesedap mana pun aku takkan makan
hulur kuih sikit pun aku jawab taknak,kalori!
buat masa skrg aku sumbat je.
rasanya tak lama la aku macam ni
mood nak struggle tu dah nak datang balik
korang tengoklahhhh
ceh yakin kan?

Bebelan yang tak kedengaran

Posted by Iza Faizah at 12:46 AM 0 comments
korang ni memang rajin kan baca aku membebel?
rasa2nya kalau dengar aku membebel rajin tak?hehe
aku tak taula kalau aku ni rajin membebel ke tak..
sekarang ni takla...malas nak bercakap :)

aku dah tukar lagu blog.
sempena ramadhan kan.hiks
aku dah qada tidur..
hari interview aku tu aku insomnia.
aku tak dapat tidur.
so korang jangan minum nescafe white coffee kalau ada hati nak tidur.
macam ni..


satu hari aku tak tidur..buang masa aku baring je.
tapi aku tetidur jugakla dalam keta sejam pas interview tu.
parking tutup muka tidur.
so petang tu bukak puasa dengan linie sepatutnya.
tapi nama je bukak puasa dengan dia kan.
masa bukak puasa dia takde.
tak boleh keluar..masih keja.
dah licin semua makanan baru dia sampai.
pastu jenjalan dengan diorang.
sia dah nak balik sarawak.nak spent time dengan dia.
walaupun kejap tapi still rasa best.
memang best bila orang2 yang kita sayang ada dengan kita.
next dating dengan diorang semua lagi 2 bulan..oh sedih :'(

aku teringat kazen aku masa holiday hari tu.
sebab nescafe tarik ke white coffee ni aku tak sure.
dia tak boleh tidur.
masa2 genting pulak tu.
masa peristiwa hantu..
alangkan dia pun penakut kan
dia takut hantu tu tau dia je belum tido
so dia pura2 tido
siap snoring lagi
padahal tak tido
apakah?

badan aku makin sehat la pulak puasa ni.
jeles aku mama boleh turun 3kg.
aku naik ada la.
bulatttt.
memang badan aku dah rosak.

aku nak membebel pasal kawan aku lg ni.
tapi aku macam malas.
aku kecik hati.
sebab tu aku malas nak reply msg dia.
biarlah..
kau memang suka kan buat aku kecik hati dr dulu
hoh..marah tu.

itujela kot nak dibebelkan.
aku nak sambung tido lagi..
walaupun tido tu bosan tapi aku nak tido jugak
1st time aku driving ngantuk gila hari tu.
aku siap kuatkan radio tp aku lupa aku lagi ngantuk bila dengar lagu.
so aku nak tetido.aku off radio.
tapi masih lagi aku mamai gila.dahla lane kanan.
bodoh tau aku rasa.cari nahas.
macam aku nak park mana2 then tido tapi siapa nak park dah malam kan.
jalan pun macam haunted je.
so aku stop kat kedai.
topup then jalan2 kejap.
alhamdulillah aku masih di sini.
hehe
dont sleep and drive everybody.

Setelah nervous

Posted by Iza Faizah at 12:11 AM 0 comments
Thanks korang wish aku untuk interview GST hr tu.
Fb dgn text hp tapi aku tak dapat nak reply
nervous sampai lupa nak topup.

Aku datang awal kot..dalam 7 lebih camtu.
ngeng,aku lupa lekat gambar n sahkan surat senat.
bepusing2 aku carik gam..nasiblah ada orang prihatin bg double tape.
jubit ketawakan gambar aku.
1st dia tanya tgk gmbr tu..kenapa mata kau?
ooh..mata aku dah kenapa aku taktau.
mcm kena tumbuk pun ada jugak.
tak apalah..lupa touch up masa ambik gambar.
dah masuk bilik tu kitorang ambik ujian insak.
135 soalan dalam 30 minit.
15 minit aku dah siap.
macam terer kan?
dah pilihan jawapan dua aje
so round kedua aku double cek jawapan.
haa..masa ni rasa dah tak terer..
teragak2 betul ke tak jawapan nih.
hentam lah.
aku harap aku luluslah.

pastu..urusetia suruh cek dokumen.
yang ni aku lari keluar cari adam.
nak mintak tlg sahkan senat.
so lari pegi sekolah pendidikan.
ok siap.
so aku masuk balik.
aku dapat panel 4..yang kononnya makan budak..kaw2 punya soalan dia bg.
jubit dengan sia siapa awal.
aku dengan olly lambat lagi kena interview.
duduk2 lepak dekat luar..
nasib baik ada fizi dengan adam.
takla rasa neves.
so around 1pm aku naik ready kena interview.
orang2 kat atas mmg tgh neves so aku pun terikut neves balik.
dan lagi neves bila 4 orang sebelum aku semua nak nangis keluar bilik interview.
haihh..aku dah susah hati.
tapi aku tanya2 jugala apa panel tu tanya kan,manatau ada sangkut.
jantung aku mcm nak tecabut masa dengar loceng suruh masuk.

oh..panel dia hensem :)
so aku bg fail,duduk.
aku tau kalau aku senyum byk orang cair.
hahaha...matikla perasan.
so aku senyum je la.
aku siap ajak becerita supaya soalan diorang bagi ckit je.
tapi even sikit pun aku takboleh jawab jugak 1 soalan.mampus.
abg hensem kuat menembak soalan.tak supportive sungguh.
oh..aku ada kelentong jugak ni.
tapi aku taknak cerita la
nanti abg hensem tu ada baca blog aku kan.kalau la...dia tak baca pun.
tapi manatau dia google 'abg hensem' untuk refer diri dia...dia baca pulak.
tak dapatla aku kerja.

so aku keluar dengan senyuman.
alhamdulillah.

aku harap aku berjayala.
korang doakan ye.
semalam aku temankan linie dgn adam interview.
linie siap nangis.
dah baca semua dalam bm tiba2 panel 2 tu suruh cakap bi kan.
tapi sumpah lawak ok masa kitorang praktis bi
macam mana nak translatekan
menghapuskan jaminan penempatan guru pelatih?
jawapan :
destroy/vanished warranty posting teacher trainee
direct gitu..bengong tau.

tapi semua dah selamat interview.
tunggu jawapan je.

Tuesday, August 17, 2010

Nervous Tahap Cipan

Posted by Iza Faizah at 7:19 AM 2 comments
Klik untuk lebih jelas

Aku adalah sangat neves untuk interview cikgu besok..sgt neves ok.
Aku ada study tapi short term la..
sekarang aku dah lupa balik
so aku tambah neves.
macam2la aku imagine org tu tanya..
hari ni interview fizi dengan whaney.
so aku doakan diorang berjaya.
dah habis nanti nak mintak tips.
so aku besok dengan jubit, sia and olly..
linie dengan pie lusa..
aku neves.
entah berapa kali nak cakap..
tapi memang aku neves gila2
macam neves nak kawin.
macam pernah kawin kan..
hadoi..
kecuuuuttt
doakan aku k.

Monday, August 16, 2010

Rumahku Berlagu Merdu

Posted by Iza Faizah at 8:49 PM 0 comments
wah korang..
dah banyak jatuh cinta dengan lagu rumah baru ini ya..
banyak tanya ni lagu apa..
lagu ni dah lama dah.
tapi mcm best so aku guna la..

oh hari tu trafic light merah ada keta sebelah aku,
mr.bean punya kereta..mini cooper biru.
dia bukak cermin luas2..
pastu ada kipas biru pusing2 ngadap diorang
driver n kawan dia pakai baju retro spek mata hitam
memang...cool laaa..indie,jiwa taman je
then aku imagine ada radio lama dalam keta tu main lagu ni..hehe.
agak2la kan..imaginasi lebih..

nah lirik..

BRAINSTEWZ-TWINKLE AWAY

jauh mindaku melayang
terkenangkan dirimu sayang
kau pergi ku sendiri
kini kau kembali

terpaku melihat wajahmu
wajahmu melodrama hatiku
kau putuskan tuk pergi dulu
terganggu siaran radioku

ku tepis melodi hatiku
yang hadir setiap waktu
ku benci ilusi darimu
kau diam membisu

jangan biarkan ku sendiri lagi
oh kasih dengarlah rayuanku ini
kasihku terhadap dirimu oo kasihku
bintang2 di angkasa

huu huuu huuuuh huuuu... <---part best

tidakkah kau tahu
isi hatiku
usahlah tinggalkan aku
seperti dahulu

jangan biarkan ku sendiri lagi
oh kasih dengarlah rayuanku ini
kasihku terhadap dirimu oo kasihku
twinkle twinkle away
twinkle away.... 

*********************************************************
sedap kan?korang buatla lagu..aku tolong sumbangkan.hiks
daaa..

Omelll comel mengomel

Posted by Iza Faizah at 7:33 AM 0 comments
See..aku geram sendiri.
Entah apa aku pikir,stress la kot dah nak dekat interview.
Banyak benda aku nak cakap.
tapi kalau aku cakap,nanti ada orang kecik hati.
So macam biasa..tak payah cakap.

Aku nak update banyak benda.
aku update orang tak baca pun tak apa.
blog aku kan..so jadi diary aku la.
tapi aku agak malas.
bila malas,aku tidur lah.

aku tidur ikut suka aku.
tak macam korang kot.
aku bole je tidur 2 jam malam, sambung lagi sejam 2 bila2 masa.
tidur ni bosan bagi aku.
hehe.
tapi kalau aku bosan aku tidur jugak.apakah?

last tidur aku yang tertib masa mengajar hari tu..
tapi hazab..keluar pukul 5.30 pagi paling awal lah..balik pun pukul 5.30 tapi petang.
2x seminggu aku ada kelas malam pukul 8.30..balik pukul 11 malam.
hantu pun takut nak kacau sebab muka penat.
balik rumah lesson plan dengan ABM ada yang belum siap.
so paling lewat pukul 2 pagi tidur.
kalau lesson plan dah siap weekend aku tidur awal lah.
tapi keji tau weekend nak qada tidur pun payah.
pegi sekolah ye cikgu,ada aktiviti..pesan cikgu besar.
tapi berat turun 2kg je 3 bulan.
alangkan makanan kantin dia sedapss
dah tu meeting pun makanan sedap.
habis mengajar malam cikgu ajak makan dalam dewan makan..pun sedap.
hikss..

aku dah teringin sangat nak mengajar.
aku rindu students.
percayalah..korang nakal macam mana pun,u still can make ur teacher smile.
so aku harap aku pass interview.
dapat kerja cepat.
serius bosan aku sekarang ni.
bosan pun dah bosan dengan aku.

aku nak balik ranau lah rasanya..
puasa di ranau adalah benda paling best bagi aku.
korang pun sure la kan.
puasa dengan big family is the best thing happen in ur life.among the bestla.
so aku nak balik..tapi tunggu lah.
aku nak puasa dengan parents dan si cinta dulu.

oh..aku ada kucing baru.
topeng dan kenit.
tapi belum dapat pegang.
mencicit lariiii...
bengong..aku tak gigit kaula miau.
aku gigit tamtam saja.hehe.

sekian...
aku tak dapat tidur sebenarnya.
milo habis so aku minum white coffee pekat kaw2 masa sahur tadi.
terpaksa minumlah.
tu yang segar bugar dan membebel.
tapi malas nak update gambar.
nantilah.
bye korang.

Saturday, August 14, 2010

Cerita Malam Hari

Posted by Iza Faizah at 3:11 AM 7 comments
Oh,petang tadi family aku datang dari ranau.
Termasuk cousin aku yang paling kecik, Ariez Adam Zaaba,2 years.
Dia demam, muntah2 tapi dah makan ubat semua sampai rumah dah ok sikit.
Tapi comelnya,dia kalau sakit cuma dapat makan KFC..makan yang lain muntah terus ok.

comel

So, aku dengan kakak dan cousins pegi beli KFC.
Sampai KFC,kitorang beli bucket, ada free 2 handy holder
Kakak aku nak kaler purple,aku nak hijau.
tapi cashier tu cakap hijau je ada.
so kakak aku kecewa.
tapi display dia kaler purple.
dengan tak malunya dia mintak display tu :p
kebetulan aku pakai baju hijau,dia pakai baju purple.sesuai sangatla kan dengan holder tu.
pekerja kfc putatan bagus,aku suka.
so order tu dengan cousin aku yang semakin 'sehat' punya request, kfc shrimp.
so happyla dapat handy holder yang comel.
siap sembunyikan dalam kereta,takut aunty dengan mama aku yang suka hijau buat rampasan kuasa.
shrimp tu pun simpan dalam kereta la, kononnya nak makan malam sikit.tak tengok ok.

comel kan.aku punya hijau.suka.

sampai rumah,makan sampai terasa bulan puasa dah habis.
sebab sangat kenyang macam nak raya.
so aku naikla masuk bilik tengok video kekasih share pasal buang baby.
ariez tiba2 masuk bilik tengok video sama.

baby...
dia cakap masa tengok baby tuh.

tapi aku sangatlah terharu bila dia tengok baby yang kena buang dalam plastik sampah..

tian kan? (kesian kan?)
rupanya budak 2 tahun lagi ada hati daripada mereka yang buang baby sendiri :p

ariez pun masuk tidur lepas makan so kitorang lepak dekat atas la,surf.
teringat dengan shrimp dalam kereta.tapi semua malas nak ambik.
dalam setengah jam jugakla semua ingat pasal shrimp,dah terliur nak makan.
last2 cousin dan aku pegi ambikla.
carik2 takde..aih..takde order ke.
adala..
sah..memang staff dia lupa.
sebak tau perasaan.. dah teringin nak makan,gigih2 turun jalan pegi kereta tapi takde..ohh.

Shrimp yang kempunan.

kakak dan cousin aku lagi sorang pun dah tunggu kitorang kembali dengan shrimp tapi turut hampa.
so tidur je la..
kul 1 pagi ariez menangis2 sebab dia rindu daddy dia.
jam2 tu jugak dia ajak balik ranau.
tak boleh pujuk nih,nangis2.
so aunty aku mintak tolong pura2 balik ranau.
pura2 tu maknanya drive la pegi mana2,yang penting masuk kereta konon balik ranau,
so dia happyla,salam2 cium tangan mama n aunty aku. nak balik kan.
pukul 1 pagi tu jugakla kitorang jalan2 tiada hala tuju sampai dia tetidur.
and yes kerinduan dia sangat2 sampai aku tengah taip ni pun dia baru bangun tidur dengan airmata.
nangis2..
sian aunty aku..
macam manala aku ada anak nanti?
bagi laki je lah handle..habis cerita..muahahaha..

sekian..aku nak tidur,macam biasa...driver pegi shopping untuk mereka.best~!


Friday, August 13, 2010

Saya Sombong?

Posted by Iza Faizah at 3:05 AM 3 comments
First of all,aku minta maaf dengan korang yang tak dapat contact aku.
Facebook chat aku offline,hp aku ada 2, satu ramai orang dah tau yang lagi satu 13 orang je yang tau.
tapi masalahnya,nokia aku yang ramai orang tau tu memang selalu kong.
Habis batt,so kalau dah selalu sangat habis batt aku malas nak cas. Berat kan,malas nak bergerak.
Lagipun kredit expired aku malas nak topup sebab aku tak contact sapa2.
YM aku on tapi aku tetap appear offline,kalau on pun to selected people je tapi aku dah buat pingbox,so ok la.
tapi aku sentiasa bersosial dalam facebook sebab open.
Maknanya agak susah untuk kontek aku secara private.
Sombong tak aku?
Boleh tak aku cakap aku TERsombong?
hehe..bodoh tau,mana ada tersombong.

Aku dah banyak kali dapat mesej miscall dari meksis,pastu siap kena text cakap aku sombong tak angkat call.
Aku tak sengaja,aku cuma malas nak cas :p
Dah tu aku nak reply macam mana?xde kredit.
So di situ aku tersombong la.

Another one,yang selalu call tu kawan2 lelaki yang aku tau ada sedikit hati dan perasan terhadap aku.
So aku malas nak layan. Aku layan nanti menaruh harapan pulak.
Ok,boleh cakap aku perasan :p
tapi itulah.
masa aku single aku on semuanya. fb chat,ym,tapi hp still sama.malas cas.
tapi aku dah tak single,im taken.
so aku kena pandai2la kan.
kena hati-hati dengan hati-hati orang sambil jaga hati orang yang memiliki hati :)
Walaupun kekasih hati tak marah tapi aku malas,hati orang lain pun kena jaga,tak boleh main2.
So,aku tersombong lagi.

Aku tak angkat call kalau aku baru bangun.
Aku tengok je,aku malas nak bercakap sebab tu aku tak angkat.
So agak susah nak cakap dengan aku awal pagi.
Pastu,bila orang hantar mesej..
aku tengok perlu ke tak reply.
Kalau tak perlu walaupun macam perlu aku tak reply.
Lagi masalahnya,aku dah baca mesej tu tapi aku tengah bizi so aku hold la dulu,nantilah reply.
Last2,dah 2 3 hari baru aku teringat,takkan nak reply kan?
Sombong lagi.

Itula cerita sebalik tabir untuk korang yang ingat aku sombong :)
Aku suka main2 sombong tapi aku harap aku tak sombong.
Minta maaf sangat2 kepada mereka yang aku abaikan call mesej k.
Siapalah aku nak sombong2, sama2 manusia.
Jauh sekali nak berlagak. Aku tak ada apa2.
Aku sayang korang sebagai seorang manusia.
If you hate me,aku tak boleh nak cakap apa.
Aku tau, mungkin aku terlayan boyfriend kau lebih2 tapi percayalah..
aku setia dengan yang satu, boyfriend kau cuma kawan aku.
If you hate me sebab aku tak layan kau,do drop me a line.
Aku explain kenapa.
Sempena bulan puasa ni,aku harap aku rajin cas telefon k..


”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]
Selamat berpuasa korang. Kalau ada jumpa handphone yang tak payah cas 2 minggu kontek la aku.
Hehe.

Thursday, August 12, 2010

Datuk Bandar Petville

Posted by Iza Faizah at 3:08 AM 0 comments
Korang tau tak game ni? Yang dalam facebook,sekali company dengan farmville,cafe world tuh.
Aku tak main farmville,malas nak bercucuk tanam, cafe world pun tak sebab aku main restaurant city ke apa tuh tapi dah gulung tikarla sebab bos dia dah 8 bulan tak jenguk.
Aku main petville ni dari taun lepas lagi..comel kan,tu yang aku main.
Kalau bab2 bela pets memang aku suka.
Tapi 4 bulan aku stop, sebab lappy aku 512 je ram dia..asal pets aku yang nama Chopper tu nak kemaskan rumah, lambat gila ok. lagipun masa tu aku addicted dengan Galacticos Football.
Tu yang petville jadi ubat tidur aku.
So aku guna lappy kakak,laju..tu yang main balik.
Mahal kau nak bayar denda nak ambik balik Chopper sebab aku dah abaikan dia berbulan2.
So dia lari. Sian kan?
Tapi tu pun aku main macam adoiii..neighbour banyak gila,tak larat aku jaga.
So sekarang ni aku belum unlock pari-pari punya tempat..hehe,macam mana tah rupa dia.
Setakat ni aku dah dapat buat halaman rumah dengan Tahiki Hut je. Boleh je aku nak unlock pari2,tinggal 4 lagi key tapi malas sebab perabot banyak tak beli lagi.
tapi funny ok rumah c chopper ni ada nursery, dia tak ada husband,apatah lagi baby tapi bole je aku buatkan dia nursery.
Mesti korang bosan kan baca ni? haha..aku pun baru je dari bosan layan tetamu2 chopper.tu yang layan blog kejap.
tapi masa aku main ni..ada pet lain yang dengki.

Ini Chopper (nama diadaptasi dari One Piece)

Kepala tak puas hati muncul

Semakin geram

Tukar posisi..dengki membuak2

Pappp! Kan dah kena tampar..

So aku taktaula nak main sampai bila,sampai aku dapat kerja la kan? Bye.

Wednesday, August 11, 2010

Comel

Posted by Iza Faizah at 11:00 PM 2 comments
Siapa tak suka comel?
Sebab tu la aku pindah dari wordpress pegi blogspot ni.
Serius sangatla aku rasa duduk dalam wordpress.
Imagine korang punya rumah sebelah dengan balai polis.
Secure kan?tapi macam..arghh..get a life people!
Aku nak duduk kawasan perumahan yang ada taman bunga,taman binatang,taman permainan.
Di samping ada guard la.
Lebih2 pulak perumpamaan aku kan.
Tapi macam tu lah.

Best lah wordpress..kawalan ketat,spam comments block,boleh tengok macam2 dalam dashboard sebab tu aku tau ada orang stalk :p


So lepas ni aku boleh happy cerita benda mengarut sebab aku suka rumah baru :) Benda mengarut bukan mencarut kay.

Pindah Rumah Baru

Posted by Iza Faizah at 8:33 PM 0 comments
Hehe...aku dah kali ke 4 pindah rumah ni.
1st was blogspot.
2nd tumblr.
3rd wordpress.
4th balik gi blogspot.

Wordpress is okay tapi taula gatal hati tengok blog cantik,so sempena raya aku nak cantikkan rumah jugak :)

Wish diri sendiri.hik.

 

Epal Itu Hijau Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea