Showing posts with label MUSLIM. Show all posts
Showing posts with label MUSLIM. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

AKU,KAU berbeza..AKU,KAU istimewa.

Posted by Iza Faizah at 1:56 PM 2 comments
LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan 
anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi 
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 


credit tu TOK WAN

Friday, August 13, 2010

Saya Sombong?

Posted by Iza Faizah at 3:05 AM 3 comments
First of all,aku minta maaf dengan korang yang tak dapat contact aku.
Facebook chat aku offline,hp aku ada 2, satu ramai orang dah tau yang lagi satu 13 orang je yang tau.
tapi masalahnya,nokia aku yang ramai orang tau tu memang selalu kong.
Habis batt,so kalau dah selalu sangat habis batt aku malas nak cas. Berat kan,malas nak bergerak.
Lagipun kredit expired aku malas nak topup sebab aku tak contact sapa2.
YM aku on tapi aku tetap appear offline,kalau on pun to selected people je tapi aku dah buat pingbox,so ok la.
tapi aku sentiasa bersosial dalam facebook sebab open.
Maknanya agak susah untuk kontek aku secara private.
Sombong tak aku?
Boleh tak aku cakap aku TERsombong?
hehe..bodoh tau,mana ada tersombong.

Aku dah banyak kali dapat mesej miscall dari meksis,pastu siap kena text cakap aku sombong tak angkat call.
Aku tak sengaja,aku cuma malas nak cas :p
Dah tu aku nak reply macam mana?xde kredit.
So di situ aku tersombong la.

Another one,yang selalu call tu kawan2 lelaki yang aku tau ada sedikit hati dan perasan terhadap aku.
So aku malas nak layan. Aku layan nanti menaruh harapan pulak.
Ok,boleh cakap aku perasan :p
tapi itulah.
masa aku single aku on semuanya. fb chat,ym,tapi hp still sama.malas cas.
tapi aku dah tak single,im taken.
so aku kena pandai2la kan.
kena hati-hati dengan hati-hati orang sambil jaga hati orang yang memiliki hati :)
Walaupun kekasih hati tak marah tapi aku malas,hati orang lain pun kena jaga,tak boleh main2.
So,aku tersombong lagi.

Aku tak angkat call kalau aku baru bangun.
Aku tengok je,aku malas nak bercakap sebab tu aku tak angkat.
So agak susah nak cakap dengan aku awal pagi.
Pastu,bila orang hantar mesej..
aku tengok perlu ke tak reply.
Kalau tak perlu walaupun macam perlu aku tak reply.
Lagi masalahnya,aku dah baca mesej tu tapi aku tengah bizi so aku hold la dulu,nantilah reply.
Last2,dah 2 3 hari baru aku teringat,takkan nak reply kan?
Sombong lagi.

Itula cerita sebalik tabir untuk korang yang ingat aku sombong :)
Aku suka main2 sombong tapi aku harap aku tak sombong.
Minta maaf sangat2 kepada mereka yang aku abaikan call mesej k.
Siapalah aku nak sombong2, sama2 manusia.
Jauh sekali nak berlagak. Aku tak ada apa2.
Aku sayang korang sebagai seorang manusia.
If you hate me,aku tak boleh nak cakap apa.
Aku tau, mungkin aku terlayan boyfriend kau lebih2 tapi percayalah..
aku setia dengan yang satu, boyfriend kau cuma kawan aku.
If you hate me sebab aku tak layan kau,do drop me a line.
Aku explain kenapa.
Sempena bulan puasa ni,aku harap aku rajin cas telefon k..


”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]
Selamat berpuasa korang. Kalau ada jumpa handphone yang tak payah cas 2 minggu kontek la aku.
Hehe.
 

Epal Itu Hijau Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea